Monday, August 27, 2007

Wudhu: Membasuh leher

S : Adakah digalakkan untuk membasuh leher semasa mengambil wudhu.

J : Ulama mazhab Shafi'i berbeza pendapat dalam hal ini.Pendapat yang dipilih oleh Imam Nawawi dan al-ashab ialah tidak sunnah membasuh leher ketika berwudhu. Ini merupakan pandangan yang muktamad dalam mazhab.

Sebilangan ulama terdahulu dalam mazhab Shafi'i pula berpendapat bahawa membasuh leher adalah sunnah. Antara ulama Shafi'iyyah yang berpendapat begitu termasuklah Imam Qadi Husain, Mutawalli, Baghawi, dan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Oleh itu, pendapat mana yang ingin dipakai, terpulanglah kepada diri sendiri.

Jawapan oleh Sheikh Amjad Rasheed dari SunniPath.

Nota: Kebanyakan ulama di Nusantara memilih pandangan kedua memandangkan pondok-pondok atau pesantren serta surau dan masjid di rantau alam Melayu ini kebanyakannya menggunakan kitab seperti Sabil al-Muhtadin, Bidayah al-Hidayah, Musolli dan sebagainya, yang sebahagian besar dipetik dari kitab Ihya' Ulum al-Din karangan Imam Hujjatul Islam al-Ghazali. Wallahu a'lam

Jawapan asal dalam Bahasa Inggeris boleh dilihat di sini

1 comment:

Editor said...

Membasuh leher atau lebih tepat lagi dibasuh tengku sewaktu wudhuk dipopularkan oleh Imam Ghazali dalam Ihya. Beliau membawa keterangan hadis, membasuh leher itu membebaskan seseorang daripada belenggu di hari Akhirat.